Isnin, 10 Ogos 2015

Dr M: Demokrasi sudah mati

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu.

Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi dalam tulisan di blog chedet.cc.

Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat penggantinya, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana pemimpin yang dipilih memilih untuk menjatuhkan maruah institusi kerajaan dan menjadikannya sebagai alat untuk mengekalkan kuasanya.

“Tiada lagi demokrasi yang boleh dirosakkan. Tentulah, bercakap mengenai 1MDB tidak akan menjejaskan perkara yang tidak lagi wujud.

“Jika ada pihak yang patut disiasat oleh polis, orangnya ialah Najib,” kata Mahathir dalam tulisannya di blog chedet.cc.


Tiada ulasan: