KUALA LUMPUR, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed atau SPRM tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan berkenaan isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri telah ditutup.

SPRM dalam kenyataannya hari ini menafikan perkara perkara tersebut dan mengulangi bahawa pihaknya hanya ada menyebut yang dana RM2.6 bilion adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, SPRM menekankan bahawa siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan.

“SPRM berharap tidak ada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai dan membina persepsi negatif terhadap SPRM,” kata kenyataan itu.

Pada 5 Ogos lalu, SPRM sekali lagi menegaskan bahawa siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan.

Siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan dua perkara yang berbeza.

Oleh itu, SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini telah ditutup sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB.