Khamis, 6 Ogos 2015

Clara Brown mohon perlindungan polis selepas dakwa diintip

 
Dia juga menyifatkan waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah di negara ini sebagai mengarut dan untuk menakut-nakutkan pemberi maklumatnya.


Clare-Rewcastle-Brown,-UK-police



PETALING JAYA: Editor Sarawak Report, Clara Rewcastle-Brown memohon perlindungan polis di London selepas dia mendakwa dia ekori dan diambil gambar secara sembunyi di Hyde Park.

Pengasas Sarawak Report itu mendapat perlindungan daripada Polis Metropolitan selepas mendakwa beberapa kali diekori dan diambil gambar oleh orang-orang tidak dikenali ketika berada di sekitar kota London.

“Saya terpaksa memasukkan dalam laporan polis yang saya diintip dan diekori,” kata Brown seperti dilaporkan The Independent.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Ogos lalu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Brown dan pihak polis telah memasukkan nama wanita itu dalam senarai Interpol.

Dalam temubual bersama The Independent, dia menyifatkan waran tangkap itu mengarut dan taktik untuk menakutkan pemberi maklumatnya.

“Mereka menuduh saya mengikut undang-undang yang tidak wujud di UK atau mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi tulen,” katanya.

Sarawak Report banyak melaporkan isu 1MDB yang kesahihan laporan itu dipertikaikan oleh kerajaan.

Baru-baru ini, Sarawak Report menyiarkan dokumen yang didakwa deraf pendakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tiada ulasan: