Rabu, 5 Ogos 2015

Azmin desak polis henti ganggu SPRM siasat 1MDB

 
Mengikut Seksyen 48 Akta SPRM, menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang menganggu SPRM menjalankan siasatan. 


Azmin-Ali,-macc,-1mdb


PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa hentikan menganggu Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) yang sedang menyiasat skandal 1MDB, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR berkata, tindakan polis melakukan serbuan dan mengambil keterangan pegawai-pegawai SPRM merupakan cubaan untuk campur tangan terhadap siasatan 1MDB dan perbuatan itu perlu dihentikan segera.

“Adalah wajib bagi SPRM untuk menggunakan kuasanya mengikut undang-undang menghalang campur tangan pihak lain bagi memastikan segala siasatan ke atas 1MDB dilakukan dengan betul.

“Mengikut Seksyen 48 Akta SPRM, menjadi satu kesalahan jika sesiapa menghalang siasatan SPRM.
Tidak syak lagi, tindakan polis ini satu campur tangan terang-terangan dan perlu dihentikan serta-merta,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menteri Besar Selangor berkata, SPRM telah diamanah untuk menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Sehubungan itu, Azmin menyeru seluruh rakyat tanpa mengira parti politik untuk terus memberi sokongan kepada SPRM menjalankan tugas tanpa rasa takut.

“Ini perkara ini penting bagi memastikan sebarang keraguan dalam siasatan 1MDB dapat dipulihkan,” katanya.

Tiada ulasan: