MALAYSIAKINI
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim menggesa sebuah
protes besar melibatkan 100,000 orang diadakan sebagai bantahan terhadap
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Marilah adakan perhimpunan di mana 100,000 orang daripada pelbagai
latar berkumpul – sudah tentunya aman – bagi menyatakan bantahan
terhadap perdana menteri,” katanya.
Zaid
juga berharap Menteri Besar Selangor Azmin Ali dapat menyediakan
stadium dan sokongan yang diperlukan untuk perhimpunan besar itu sebelum
31 Ogos.
Zaid juga berharap pemimpin pembangkang dan Umno yang kritikal, seperti
Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dapat berkongsi
pentas.
“...untuk isytihar kepada orang ramai walaupun terdapat perbezaan
politik, mereka akan bersatu untuk selamatkan Malaysia,” katanya di blog
hari ini.
“Pemimpin-pemimpin ini tidak harus membenarkan orang yang mencuri dan merompak kekayaan negara terlepas.
“Mereka harus tunjukkan kepada rakyat kuasa setiakawan menentang rasuah
dan salah guna kuasa. Mereka mesti kembalikan keyakinan terhadap
dasar-dasar kita dan Pejabat Peguam Negara kita."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan