Selasa, 25 Ogos 2015

ATM pantau laman sosial pegawai dan anggota elak pengaruh Isis



Panglima ATM, Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin berkata selain itu penerapan kerohanian akan turut diberikan kepada warga ATM. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Panglima ATM, Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin berkata selain itu penerapan kerohanian akan turut diberikan kepada warga ATM. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memantau laman sosial dan Internet milik pegawai dan anggotanya bagi mengelak mereka daripada turut terbabit dengan kegiatan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis).
 
Panglima ATM, Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin berkata selain itu penerapan kerohanian akan turut diberikan kepada warga ATM.
 
"Ini antara cara untuk memperkukuh jiwa, semangat dan menghindarkan mereka daripada terpengaruh dengan ancaman Isis.

"Kita perlu memberi penerangan dan penjelasan kepada mereka mengenai Isis," katanya kepada pemberita di Port Dickson hari ini selepas majlis penutupan Eksesais Keris Aman Capstone 2015. Beliau diminta mengulas mengenai laporan bahawa anggota pasukan keselamatan adalah antara 10 warga tempatan yang ditahan di ibu negara dan beberapa negeri lain baru-baru ini kerana disyaki terbabit dengan kumpulan militan Isis.
 
Zulkifeli berkata ancaman Isis sukar dibendung kerana fahamannya disebar melalui media sosial, namun ATM akan mengambil langkah proaktif bagi menghalang gerakan itu daripada menular ke dalam negara.
 
Mengenai latihan yang berkonsepkan operasi pengaman itu yang melibatkan anggota pengaman daripada 29 buah negara, beliau berkata ia berjaya meningkatkan kerjasama dan hubungan pelbagai negara serantau dan antarabangsa. – Bernama,


Tiada ulasan: