MALAAYSIAKINI
Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang
ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua hari lepas
akan menemui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi
Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini bagi
membincangkan pertukaran mereka.
Sehubungan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan
Kassim meminta semua pihak bertenang kerana isu pertukaran kedua-dua
pegawai itu akan diselesaikan dengan cara terbaik.
"Saya yakin walaupun isu ini urusan pentadbiran, kerajaan akan
menanganinya dengan baik. Kita tidak mahu orang ramai hilang kepercayaan
kepada agensi-agensi penguatkuasaan," katanya dalam sidang akhbar
selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno negeri Perlis di
Padang Besar semalami.
Shahidan mengulas isu pertukaran dua pegawai SPRM tersebut, Pengarah
Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah
Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.
Bahri
mengetuai BOK, bahagian yang menyiasat SRC International Sdn Bhd dalam
isu (1MDB) manakala Rohaizad menerima rombongan pemimpin pembangkang di
Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berdialog dengan mereka.
Shahidan yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Perlis berkata Umno
negeri itu akan membuat persiapan untuk menyambut Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Razak untuk merasmikan persidangan ketiga-tiga Umno
bahagian Kangar, Padang Besar dan Arau secara berkelompok.
Bernama difahamkan persidangan itu akan berlangsung di Dewan 2020 pada 23 Ogos ini yang dijangka dihadiri lebih 12,000 orang.
"Jumlah kehadiran mungkin lebih kerana ahli-ahli Umno ternanti-nanti
ucapan perdana menteri berhubung kemelut politik semasa dan media
sosial," kata Shahidan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan