Selasa, 11 Ogos 2015

178 terima pingat Selangor hargai sumbangan

Oleh : AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM : Seramai 178 penerima bagi daerah Petaling dan Klang dianugerahkan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-69 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Istiadat pengurniaan pingat itu diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, dekat sini hari ini dan disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Daripada jumlah itu, seramai 21 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) yang dikurniakan kepada seseorang yang melakukan perbuatan terbilang dan terpilih pekertinya di Selangor.

Penganugerahan pingat oleh Raja Muda Selangor di Dewan Jubli Perak (8)

Mendahului senarai penerima P.P.T adalah Sub Inspektor Hassan Mohamed.

Bagi Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C) pula, seramai 22 individu dipilih terdiri daripada pegawai kerajaan dalam kumpulan sokongan yang berkhidmat sekurang-kurangnya tujuh tahun dengan Kerajaan Negeri.

Mereka adalah kakitangan penjawat awam cemerlang dan mempunyai kelakukan terpuji.

Manakala seramai 125 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) atas ketekunan dan kebolehan istimewa serta mempunyai pekerti baik.

Selain itu, Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S) diberikan kepada sepuluh penerima yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun dengan Kerajaan Negeri.
Penganugerahan pingat oleh Raja Muda Selangor di Dewan Jubli Perak (ASRI)
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Zain Azly Abdul Rahman, 45, melahirkan rasa terharu atas pingat P.J.K yang diberikan kepadanya.

Katanya beliau bersyukur khidmat baktinya sebagai penjawat awam diiktiraf Kerajaan Negeri.

“Saya bersyukur kerana menerima anugerah yang dianggap sebagai penghargaan setelah 22 tahun menabur bakti di MBPJ,” katanya.

wani reporter the star aSeorang lagi penerima, Wani Muthiah, 52, yang merupakan Ketua Biro Shah Alam dan Klang bagi akhbar The Star menganggap pingat itu adalah penghargaan besar buat pengamal media.

“Ia membuktikan khidmat media itu dihargai terutama dalam menyampaikan berita kepada masyarakat, jadi saya amat gembira apabila terpilih untuk menerima pingat hari ini,” katanya.EZY

Tiada ulasan: