Isnin, 22 Jun 2015

Wartawan pula disuruh pakai sarung

MALAYSIAKINI


 


Selepas insiden kontroversi di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kini pemberita pula disuruh memakai kain sarung atas alasan memakai pakaian singkat.

Anggota parlimen Klang Charles Santiago berkata kejadian itu berlaku di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam melibatkan dua orang pemberita pagi ini.

“Kedua-dua mereka disuruh memakai sarung untuk menututup kaki kerana pakaian mereka dikatakan singkat.

“Kenapa kaki perempuan mesti diperiksa?” kata wakil rakyat DAP itu sambil mempersoal peranan pegawai keselamatan di tempat itu.

Santiago juga membangkitkan kenapa dasar itu dilaksanakan di bangunan kerajaan negeri itu sedangkan JPJ sendiri yang terpalit kes sama sebelum ini telah pun meminta maaf.

“Tolong tarik balik perkara ini,” katanya di Facebook yang ditujukan pada Menteri Besar Azmin Ali. 


Tiada ulasan: