Isnin, 22 Jun 2015

Wartawan enggan patuhi arahan pakai sarong

 
Pengawal bangunan SUK Selangor enggan membenarkan dua wartawan membuat liputan kerana mereka memakai skirt di atas paras lutut.


sarong-santiago



PETALING JAYA: Dua wartawan akhbar New Straits Times Press (NSTP) telah dihalang daripada memasuki Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di Shah Alam kerana memakai pakaian singkat di atas paras lutut.

Pengawal bertugas kemudian menawarkan mereka kain sarong untuk menutupi bahagian berkenaan bagi membolehkan mereka memasuki premis berkenaan dan membuat liputan.

Salah seorang daripada mereka, C.Premananthini ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT) memaklumkan dia enggan mematuhi arahan itu dan bertindak keluar daripada perkarangan bangunan SUK dan memasukinya melalui jalan lain.

“Selepas parkir kereta, saya mendapati seorang lagi rakan ditahan atas alasan yang sama menyebabkan saya memutus untuk keluar dan masuk semula menggunakan pintu masuk yang lain tanpa mendaftar supaya tidak ketinggalan atau lambat ke sidang media,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menyatakan kedua-dua wartawan tersebut hadir bagi membuat liputan sidang media atas jemputannya.

“Kenapa perlu periksa bahagian kaki wanita? Kenapa pengawal keselamatan perlu melihat kaki wanita?
“Adakah ini peranan baru pengawal keselamatan?” soal Santiago dalam status Facebooknya.

Berikutan itu, Santiago menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menarik semula peraturan sedemikian.

“Sila mansuhkannya segera, Azmin Ali,” katanya.

Tiada ulasan: