MALAYSIAKINI
Walaupun kerajaan Pulau Pinang meminta supaya ahli PAS melepaskan
jawatan dalam kerajaan negeri, namun perkara itu tidak akan terjadi di
Selangor.
Exco Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad memberi jaminan pentadbiran
negeri itu akan berjalan seperti biasa memandangkan perkara yang dibawa
oleh Dewan Ulama hanya sekadar usul dan ia belum diputuskan oleh Majlis
Syura.
"Selangor akan berjalan seperti biasa. Seperti saya katakan, usul itu
hanya dibawa untuk dibincang di peringkat lebih atas, Jadi tak bermakna
usul itu diterima. Sebab ada juga usul yang tak dilaksanakan.
"Maknanya
usul itu telah diluluskan untuk dibawa perbincangan," katanya yang baru
saja memenangi jawatan Naib Presiden PAS dalam muktamar kali ini.
Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor menyatakan, di Selangor
tidak sebarang masalah dihadapi ekoran usul dibawa - dan tidak
dibahaskan - oleh Dewan Ulama semalam.
Bercakap kepada media selepas muktamar di Kuala Selangor itu berakhir,
Iskandar berkata, kerja pemimpin PAS akan diteruskan seperti biasa di
Selangor.
"Kita akan teruskan kerja kita sebab ada tanggungjawab kepada rakyat.
Rakyat dah pilih kita atas nama Pakatan Rakyat, bermakna kalau kita
berhenti atau membiarkan isu ini, ia akan mengganggu kita dan harapan
rakyat telah kita khianati," katanya.
Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan
meminta ahli PAS yang mendapat tempat dalam agensi kerajaan negeri
supaya meletakkan jawatan.
Kata Lim, walaupun beliau tidak menghadapi masalah bekerja dengan
sebahagian daripada ahli PAS, peletakan jawatan itu wajar kerana
berkaitan dengan usul yang diluluskan tanpa bahas oleh muktamar.
Malah, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berhasrat untuk
melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini
ekoran keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan