Helikopter jenis EC725 TUDM dan Mi17 Bomba membawa pasukan penyelamat ke Laban Rata, Gunung Kinabalu bagi mencari enam pendaki yang masih hilang.
SINGAPURA - Kementerian Pendidikan (MOE) Singapura hari ini mengumumkan
mayat yang ditemui pihak berkuasa Malaysia telah dikenal pasti waris
masing-masing sebagai lima pelajar dan seorang guru dari Sekolah Rendah
Tanjong Katong.
Mereka ialah Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay, Emilie Giovanna Ramu, Loo
Jian Liang Terrence Sebastian (guru), Matahom Karyl Mitzi Higuit, Rachel
Ho Yann Shiuan dan Sonia Jhala.
Mayat jurupandu warganegara Singapura, Muhammad Daanish Amran yang mengiringi pelajar berkenaan juga telah dikenal pasti.
Pada Sabtu, mayat pelajar Wee Ying Ping Peony telah dikenal pasti.
Hingga kini, lapan mayat rakyat Singapura telah dikenal pasti waris
masing-masing.
Laporan sebelum ini menyebut bahawa sekumpulan pelajar dari Sekolah
Rendah Tanjong Katong berada di Gunung Kinabalu ketika gempa bumi itu
berlaku pada Jumaat.
MOE berkata operasi sedang diteruskan untuk mengesan seorang lagi
pelajar iaitu Navdeep Singh Jaryal S/O Raj Kumar dan seorng guru
Mohammad Ghazi Mohamed.
Kata kementerian itu, para pegawai MOE dan kementerian lain kini berada
di Kota Kinabalu untuk memberi bantuan serta sokongan kepada keluarga
terbabit dalam menghadapi detik-detik memilukan ini.
Persiapan sedang dibuat untuk membawa pulang anggota keluarga dan mayat mangsa ke Singapura secepat mungkin. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan