KUNDASANG - [DIKEMASKINI] Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas keluar meninggalkan bangunan ketika
taklimat perkembangan Gempa Bumi Sabah selepas berlaku gegaran susulan
jam 1.35 petang tadi.
Taklimat yang diadakan di Liwagu, Kundasang terpaksa ditangguhkan seketika ekoran gegaran itu.
Difahamkan, gegaran berkenaan adalah kali ke 35 selepas kejadian pertama Jumaat lalu.
Turut kelihatan bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat itu
tersebut ialah Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Sementara itu, memetik laporan Astro Awani, situasi tersebut membuatkan
semua orang yang berada dalam ruang itu, termasuk petugas media dan
pegawai pengiring bergegas keluar.
Dalam taklimat itu, Muhyiddin diberitahu perkembangan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa di Gunung Kinabalu.
Difahamkan, setelah suasana kembali tenang dan dilaporkan selamat,
taklimat diteruskan diluar bangunan dan diakhiri dengan sidang media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan