Isnin, 15 Jun 2015

Terengganu Tanggung Kos Pembantu Rumah Untuk Galak Lebih Ramai Anak

Oleh: FIRDAOUS FADZIL
 
 
Pembantu rumah Indonesia akan dihantar dua bulan selepas proses menandatangani MoU. Foto AZHAR MAHFOF/The Star
 
 
 
KUALA TERENGGANU: Negeri Terengganu menjadi negeri pertama, malah tindakan pertama di dunia yang membantu pasangan ibu bapa muda membayar kos pembantu rumah.

Perkara tersebut bagi menggalakkan pasangan muda yang baharu berkahwin untuk memulakan kehidupan dan mendapat lebih ramai cahaya mata.

Salah satu insentif tersebut dengan mengenakan yuran tadika lebih rendah, manakala pasangan berpendapatan kurang RM3,000 akan ditawarkan pinjaman sehingga RM20,000 jika mahu memulakan perniagaan.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Mohd Shafaruddin Mustafa memberitahu The Star: "Dengan semua bantuan ini, pasangan tidak perlu melambatkan perkahwinan mereka. Kami mahu mereka mempunyai lebih ramai anak. Kadar kesuburan di negeri ini telah jatuh. "

Beliau berkata negeri itu akan membayar RM200 daripada RM900 gaji bulanan pembantu rumah.

Sharafudin berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang kadar pendapatan atau kriteria yang ketat untuk program bantuan pembantu rumah.

"Sesiapa pun boleh memohon," katanya, sambil menambah bahawa skim tersebut adalah terbuka kepada semua kaum.

Walaupun negara-negara lain terlebih dahulu memberi insentif menyokong ibu bapa muda seperti memberi pengecualian cukai, cuti bersalin atau penjagaan kanak-kanak percuma, namun langkah kerajaan untuk membayar kos pembantu rumah adalah perkara luar biasa.

Terengganu juga akan memberi RM100 kepada setiap bayi yang baru lahir dalam bentuk skim simpanan pendidikan, selain khidmat nasihat dan sokongan perkhidmatan percuma kepada keluarga yang memerlukan, kata Shafaruddin.

Seperti apa yang dilakukan di Singapura, ia dikenali sebagai Skim Bonus Bayi. Di sana, ibu bapa kanak-kanak yang dilahirkan selepas tahun 2012 mendapat wang tunai RM20,000 bagi anak pertama dan kedua, manakala RM22,400 bagi setiap anak ketiga dan keempat.

Sharafuddin berkata, yuran bulanan tadika yang dikendalikan negeri berjumlah kira-kira RM250 tetapi ibu bapa hanya perlu membayar RM180 selepas diskaun.

Sementara itu, Naserwan Najmi, 27, dari Kuala Terengganu berkata dia mencari seorang pembantu rumah dalam tempoh yang agak lama untuk menjaga bayi mereka.

"Kami benar-benar memerlukan seorang pembantu rumah jika mahu lebih ramai anak," kata pemilik restoran.

Ketua Wanita Umno Marang To'Puan Zaitun Mat Amin berkata kadar perbelanjaan rakyat Terengganu lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur terutama dalam bentuk sewa rumah, makanan dan keperluan lain.

Tiada ulasan: