Jumaat, 12 Jun 2015

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Penasihat Pelancongan

FREE MALAYSIA TODAY

Siti Nurhaliza bercadang untuk mempromosikan pemandangan hijau yang menakjubkan di Malaysia melalui Facebook, Instagram dan Twitternya


siti_pelancong_600


KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza dilantik sebagai Penasihat Pelancongan Malaysia.

Selain beliau, lapan yang lain turut diberi peranan yang sama, dalam usaha meningkatkan pertambahan pelancong ke negara ini melalui persembahannya di luar negara.

“Sebagai artis selama ini, saya telah menggunakan setiap peluang yang mungkin bagi menggalakkan negara saya dilawati apabila saya melakukan persembahan di luar negara.

“Jadi kali ini, di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, tugas saya akan menjadi lebih mudah dan secara meluas saya boleh mempromosikan keindahan dan sesuatu yang istimewa tentang Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas menerima perakuan pelantikan di Carcosa Seri Negara.

Penyerahan sijil disampaikan kepada penerima oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Selain daripada persembahan secara langsung, Siti Nurhaliza bercadang untuk mempromosikan pemandangan hijau yang menakjubkan di Malaysia melalui Facebook, Instagram dan Twitternya.

Sementara itu, seorang lagi selebriti, terkenal yang juga pereka kasut, Jimmy Choo berkata, beliau sentiasa pergi tempat-tempat yang berlainan di dunia, dia akan menggunakan peluang itu untuk menghebahkan mengenai Malaysia.

“Oleh kerana saya ‘Jimmy Choo’, mereka akan menemubual saya, dan saya tidak hanya bercakap mengenai kasut tetapi juga mengenai negara saya, tarikan pelancongan dan budaya,” katanya.
- Bernama

Tiada ulasan: