Khamis, 25 Jun 2015

Siasatan rompakan Orkim Harmony siap 50 peratus

 
Baki 50 peratus lagi akan siap selepas lapan perompak yang ditahan pihak berkuasa Vietnam diektradisi ke negara ini.


Ahmad Puzi,kapal



PUTRAJAYA: Siasatan terhadap kes rompakan melibatkan kapal tangki Orkim Harmony telah siap 50 peratus.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, antara yang disiasat itu termasuk krew dan anak.

“Baki 50 peratus lagi kita kena tunggu selepas lapan orang yang ditangkap oleh pihak berkuasa Vietnam itu diekstradisi ke Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Ahmad Puzi berkata, senarai dalang rompakan itu juga telah disenarai pendek oleh pasukan keselamatan Malaysia dan Indonesia.

“Kita telah perkecilkan dua tiga orang dalang yang terlibat dalam kes rompakan kapal ini.

“Kita sedang meneliti pergerakan dan kewarganegaraan mereka selain menyiasat sama ada mereka yang berkenaan mempunyai kaitan dengan kes rompakan kapal sebelum ini,” katanya.

Tiada ulasan: