KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
mengulang pendiriannya yang tidak mempercayai Ketua Pegawai Eksekutif
1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy susulan
kenyataan sebelum ini.
Malah Tun Mahathir mendakwa Arul seorang pembohong.
"Dia (Arul) boleh jawab kepada pihak berkuasa tapi hakikatnya dia berbohong. Semua orang tahu dia bohong.
"Dia nampak tunai. Boleh awak bayangkan AS$1 bilion tunai di sana?
(Jika nampak) Saya akan pengsan. Tapi dia nampak dan dia jamin dia
nampak wang itu.
"Dan sekarang kita dapat tahu dia tidak nampak apa-apa pun. Dia melihat
banyak benda yang tidak wujud. Jadi, saya cuma tidak percaya dia,"
katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau turut menggesa agar orang penting dalam 1MDB yang baru dilantik
awal tahun itu meletakkan jawatan atas kegagalannya menjalankan amanah.
"Saya rasa dia patut letak jawatan. Tiga orang (CEO) sebelumnya juga
letak jawatan. Jadi, dia juga patut letak jawatan," katanya.
Malah ketika diminta mengulas kenyataan seorang menteri yang
menyifatkan kenyataan dan serangannya terhadap Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak tidak penting, beliau sempat menyindir bahawa
kehilangan wang berbilion ringgit memang tidak penting.
"Ya hilang duit memang tak penting. Hanya beberapa bilion. Negara kita kaya.
"Kita pinjam RM42 bilion kemudian kamu hilang sebahagiannya...tak apalah. Boleh pinjam lagi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan