Sabtu, 6 Jun 2015

Penulis blog manipulasi Twitter Hannah Yeoh

 
Berikutan kesilapan maklumat yang dimuat naik, ia telah disebarkan di laman sosial dan menjadi bahan kutukan


Hannah-Yeoh_tweet_600



PETALING JAYA: Sebuah laman blog memuat naik status lama Twitter Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, DAP Hannah Yeoh dan cuba mengaitkannya dengan kejadian gempa bumi di Sabah, pada Jumaat.

Penulis yang dikenali sebagai khairulryezal kemudian menggunakan status itu dan menyebarkan melalui entri di blognya.

“Hendak dikatakan bengap, beliau merupakan salah seorang ADUN di Selangor. Namun, sikap beliau yang tidak sensitif terhadap isu nasional amat dikesali. Apakah Hannah Yeoh tidak mengetahui gempa bumi yang berlaku pada pagi ini adalah di Sabah dan bukannya Sarawak?

“Kita tahulah Sarawak akan mengadakan Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi. Tidak perlulah membodek sebegitu rupa. Tidak salah berdoa untuk rakyat Sarawak. Cuma kita doakanlah dahulu untuk Rakyat Sabah yang ditipa bencana alam. Ada yang hendak kena tambat dekat Gunung Kinabalu kalau macam ni,” komen seorang penulis di laman blognya, khairulryezal.blogspot.com

Berikutan kesilapan maklumat yang dimuat naik, ia telah disebarkan di laman sosial dan menjadi bahan kutukan yang mempersoalkan tahap pengetahuannya.

FMT bagaimanapun difahamkan bahawa entri tersebut telah dipadam daripada blog terbabit.

Tiada ulasan: