Jumaat, 5 Jun 2015

Pelakon dedah kecurangan suami di Instagram

 
Sharifah Shahora mengaku bukan untuk memalukan suami tetapi kerana kecewa dan tertekan selepas diperdaya suaminya


SHARIFAH-SHAHORA_chat_600


PETALING JAYA: Seorang pelakon tempatan bertindak mendedahkan kecurangan suaminya bersama wanita lain di laman sosial Instagram.

Pelakon, Sharifah Shahora bertindak memuatkan naik ‘screen shot’ perbualan suaminya dengan wanita itu di Instagram.

Antara kandungan perbualan itu, wanita berkenaan meminta suami Sharifah Shahora supaya tidak menyimpan nombor telefonnya sebaliknya menghafalnya serta memadam semua log panggilan antara mereka berdua.

Sharifah Shahora berkata, tindakan mendedahkan kecurangan itu bukan untuk mengaibkan suaminya tetapi kerana kecewa dan tertekan selepas dipermainkan.

“Selama ini saya tidak pernah keluarkan kisah rumah tangga saya namun tindakan itu diambil kerana saya sudah hilang sabar.

“Jalan ini adalah yang terbaik bagi menghentikan kecurangan suami saya dengan wanita itu. Saya tak mahu malukan diri sendiri dan aibkan suami, tapi saya terpaksa.

“Bukan kerana saya tidak berbincang secara baik dengan suami namun perkara ini berlarutan selama beberapa bulan,” katanya seperti dilaporkan portal hiburan, beautifulnara.com.

Sharifah Shahora berkata, wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumahtangganya telah meminta maaf di Twitter dan begitu juga dengan suaminya yang berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Namun, dia sukar menerimanya kerana percaya suaminya dan wanita itu sudah berpakat.

Katanya, sejak rahsia itu terbongkar, hubungan dia dan suami menjadi dingin tetapi masih tinggal serumah.

“Saya juga rasa seperti mereka merancang permohonan maaf ini. Saya perlukan masa untuk berfikir,” katanya.

Tiada ulasan: