Sabtu, 6 Jun 2015

Pelajar Singapura antara korban gempa di Sabah

 
Kematian akibat gempa bumi disahkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun


mayat_gempabumi_600


KUNDASANG: Salah seorang korban gempa bumi di Gunung Kinabalu, disahkan pelajar dari Singapura.
Mayat kanak-kanak perempuan dikenali Wee Yee Ping, 12, dijangka dibedah siasat di Hospital Queen Elizabeth (QEH) sebelum diurus dan diserahkan kepada keluarga atau waris.

Menurut laporan yang dipetik dari Bernama, dua mayat telah dibawa turun ke Pondok Timpohon di tapak pendakian Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara, kira-kira 8.30 malam pada Jumaat.

Seorang daripada mangsa disahkan penduduk tempatan yang berkhidmat sebagai malim gunung bernama Rubbi Sapinggi, 30 tahun.

Sebelum ini pengesahan kematian pendaki telah dibuat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun melalui laman Twitter beliau.

“Dengan amat dukacita saya hendak memaklumkan bahawa ada kematian di Gunung Kinabalu,” katanya sambil menambah bahawa butirannya akan diumumkan pada Sabtu.

Gempa bumi yang berlaku pada 7.15 pagi di daerah Ranau pada Jumaat juga menyebabkan gempa susulan di lokasi-lokasi seperti Kota Kinabalu, Tambunan, Pedalaman, Tuaran dan Kota Belud.

Tiada ulasan: