Selasa, 16 Jun 2015

PAC tegur 1MDB diaudit akhir sekali

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tan Seng Giaw menyanggah Kementerian Kewangan bahawa audit 1MDB belum dibuat kerana proses sama terhadap anak syarikatnya Edra Global Energy belum selesai.

Tan berkata beliau tidak setuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa syarikat induk 1MDB akan diaudit akhir sekali oleh firma Deloitte.

“Proses audit sepatutnya bermula dengan syarikat syarikat pemegangan dahulu.

"Prosedurnya salah,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Husni semalam berkata Deloitte sedang melaksanakan audit akaun 1MDB secara berperingkat bermula dengan aset tenaganya Edra Global Energy.

Husni berkata ini memandangkan 1MDB melibatkan akaun yang disatukan merangkumi pelbagai syarikat bawahnya dan memandangkan ia sedang disiasat oleh Jabatan Ketua Audit Negara.

Jelaskany, Edra yang mempunyai 13 syarikat diaudit terlebih dahulu sebelum diikuti syarikat hartanah dan syarikat-syarikat pegangan.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Kementerian Kewangan sepatutnya mengarahkan audit 1MDB secepat mungkin.

Katanya, syarikat awam tersenarai juga menyiapkan auditnya di penghujung tahun sebelum tarikh akhir tahun kewangan ditetapkan.

Justeru, kata anggota parlimen Pulau itu, syarikat berkaitan kerajaan patut mengikutinya dan malah lebih ketat lagi.


Tiada ulasan: