MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keadaan "berserabut"
yang dikatakan wujud di bawah pentadbirannya ialah tindak-tanduk bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.
Najib berkata, keadaan "berserabut" yang dirujuk Tun, sebahagian
besarnya adalah akibat serangannya sendiri dan mengulangi dakwaan fitnah
dan pembohongan pembangkang.
"Tuduhan-tuduhan ini telah diperbesarkan lagi melalui internet," kata
Najib dalam satu set soalan lazim yang dipaparkan diblognya malam tadi.
Malah Najib berkata, bekas pemimpin negara selama 22 tahun itu juga telah mempercayai pembohongan di talian.
"Hanya kerana satu pembohongan disebarkan seribu kali, itu tidak bermakna ianya benar," katanya Najib
Menurut Najib lagi, dengan adanya serangan yang dilakukan di talian,
tidak hairan jika Mahathir merasakan wujud keadaan berserabut yang lebih
besar hari ini.
Najib berkata demkian sebagai menjawab dakwaan Mahathir yang mendesak
ahli parlimen Pekan itu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri
berikutan dakwaan keadaan negara yang begitu 'berserabut" berbanding
sewaktu perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun, Najib tidak menyentuh dakwaan Mahathir mengenai gaya hidup mewahnya.
Najib berkata serangan yang dihadapinya sekarang tidak seperti apa yang
Mahathir terpaksa hadapi semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
"Ini adalah sesuatu yang Tun tidak perlu berdepan semasa beliau menjadi
perdana menteri," katanya sambil menambah, pada waktu itu, Mahathir
tidak perlu menghadapi tuduhan yang tiada akhirnya yang dikitar semula
berulang-ulang dan dikongsi selaju kilat.
"Perkataan 'viral' hampir tidak wujud semasa pentadbiran beliau," kata Najib.
Najib (gambar) menyalahkan media dalam talian yang menurutnya 'mempunyai
agenda tersembunyi yang memutarbelit tajuk utama dan memuat naik
pembohongan yang begitu cepat dikongsi'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan