Isnin, 15 Jun 2015

Mufti Perlis ingatkan pemimpin tidak timbulkan kemurkaan Tuhan

 
Pemimpin diminta menyemak apa yang mereka, anak dan isteri telah lakukan supaya tidak menimbulkaan kemurkaan Tuhan.


Mohd Asri Zainul Abidin



PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan kepemimpinan negara supaya menginsafi kejadian malapetaka dan tragedi di negara ini sebagai peringatan daripada Tuhan.

Katanya, kejadian seperti banjir besar, kehilangan kapal terbang, helikopter terhempas, dan gempa bumi seakan-akan membuktikan Tuhan mencabut kenikmatan yang telah lama dikecapi di negara ini.

Katanya, pemimpin perlu menyemak apa yang mereka, anak dan isteri telah lakukan supaya tidak menimbulkan kemurkaan Tuhan sama ada di laut, daratan atau udara.

“Tiga kapal terbang menjadi tragedi, banjir paling besar melanda negara, helikopter terhempas dalam dan luar negara, gempa bumi dahsyat berlaku dan kini kapal laut kita pula menjadi mangsa. Ditambah pula dengan krisis 1MDB, kejatuhan mata wang dan lain-lain.

“Seakan daratan, udara dan lautan tidak serasi dengan kita. Bagaikan diberi tanda bahawa keberkatan mula dicabut satu persatu dari negara tercinta,” tulisnya di blog, drmaza.com.

Dr. Asri turut memberikan contoh pentadbiran khalifah-khalifah soleh terdahulu yang mendapat keberkatan dan Tuhan mengurniakan bumi yang menjadi subur, rakyat menjadi makmur dan kedamaian terpelihara.

Beliau seterusnya menyeru rakyat di negara ini agar sentiasa berdoa bagi mendapatkan kesejahteraan dan negara terpelihara.

Tiada ulasan: