Rabu, 17 Jun 2015

Marah rumah diceroboh, Bung Mohktar maki hamun di Parlimen

Beliau mendakwa sekumpulan wanita telah dihantar Zuraida untuk menceroboh rumahnya.


bung-moktar-zuraida kurang ajar



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden mengamuk di dalam Dewan Rakyat sehingga mengeluarkan perkataan ‘bastard’.

Beliau meluahkan kemarahan terhadap sekumpulan wanita yang menceroboh rumahnya dengan membawa sepanduk dan melempar pelbagai tuduhan dan hinaan.

Bung Mokhtar mendakwa kira-kira 30 wanita dihantar oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, kira-kira jam 1 petang pada Rabu.

“Saya ingin memaklumkan sekumpulan wanita telah dihantar oleh Ahli Parlimen Ampang menceroboh rumah saya.

“Membawa sepanduk dengan pelbagai tuduhan dan hinaan dengan jeritan reformasi dan sebagainya.

“Laporan polis telah dibuat tetapi Dewan ini, apa-apa kita selesai di sini, jangan biadap.

“Nasib saya tidak ada, kalau saya ada mungkin ada yang mati di situ. Jangan cabar saya,” katanya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian bangun mencelah dan berkata, Apa masalah?

Bung Mokhtar menjawab; “Masalah dia penceroboh, and you shut up! Bastard. Kalau laki-laki, jantan, keluar kau. Ini melibatkan maruah dan nyawa keluarga saya. Ancaman ini tidak baik. Ini perbuatan biadap oleh Ahli Parlimen Ampang,” katanya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula mencelah dan menegur kerana perkataan yang digunakan Bung Mokhtar tidak sesuai.

Bung Mokhtar menjawab, beliau marah kerana rumah tangganya dikacau.

“Saya marah, terus terang, sebab rumah tangga saya dikacau. Cuba Batu (Ahli Parlimen) kalau nak ceroboh, kacau saya, You shut up!” katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Bung Mokhtar menjelaskan, tindakan tidak bertamadun kumpulan wanita itu telah menimbulkan ketakutan terhadap keluarganya.

Katanya, Zuraida tidak sepatutnya menjadikan teguran di dalam dewan sebagai isu peribadi, bahkan pihak
Dewan telah menolak usul supaya beliau dikenakan tindakan tatatertib.

Katanya, dia sanggup maafkan perbuatan kumpulan wanita itu itu tetapi tidak akan melupakannya.

“Saya hanya menegur, jika dia (Zuraida) agresif di rumah, suami YB menderita. Kalau tidak betul, means nothing.

“Isteri PM boleh pula dia marah, kita kutuk, dia marah,” katanya.

Tiada ulasan: