Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak merasa lega dan berkata beliau dan
isterinya boleh tidur nyenyak malam ini kerana BN Sarawak BN jelas
begitu ikhlas menyokongnya.
"Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem) tadi kata awak tidak
berseorangan, saya sambut dengan (berkata) saya gembira kerana saya tidak berseorangan.
"Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur
nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun sama, kami rasa lega kerana
Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang,"
katanya Najib dalam laporan Bernama.
Perdana menteri menegaskan demikian ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat #sarawakfornajib di Stadium
Perpaduan di Kuching hari ini.
Menurut Najib, beliau adalah perdana menteri yang paling kerap melawat
Sarawak, dan kehadiranya tidak pernah dengan tangan kosong.
Bernama melaporkan Najib berkata bahawa dalam tempoh lima tahun
pentadbirannya, beliau telah meluluskan peruntukan pembangunan
berjumlah lebih RM1 billion secara ‘serta merta’ buat pelbagai projek di
Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan