Khamis, 25 Jun 2015

Lim Kit Siang didakwa jarang lawat kawasan

 
Penduduk di Gelang Patah tercari-cari Lim Kit Siang selepas menang kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.


kit-siang-hahazrin



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa jarang turun padang dan kerap hilang.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata, penduduk di Gelang Patah tercari-cari Kit Siang selepas menang kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang lalu.

“Penduduk Gelang Patah sendiri kini mempersoalkan di manakah Kit Siang selepas menang di kerusi Parlimen ini pada PRU yang lalu.

“Dia sendiri ‘hilang’ dari kawasan menyebabkan penduduk Gelang Patah tercari-cari bayangnya,” katanya seperti dilaporkan UMNO-Online.

Hahasrin berkata, dengan sikap yang ditunjukkan Kit Siang itu, DAP boleh melupakan angan-angan untuk menawan Johor pada PRU14 akan datang.

Katanya, dakwaan Kit Siang bahawa Johor bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) hanyalah angan-angan kosong parti itu.

Katanya, ia hanyalah taktik psikologi memandangkan parti pembangkang ketika ini diibarat seperti telur di hujung tanduk yang menunggu masa untuk berpecah.

Dia yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir Johor selepas PRU14 kerana telah memerintah dengan baik khususnya dalam menyediakan rumah mampu milik dan menyelesaikan isu tanah.

“Pembangunan juga berjalan dengan baik dan pesat walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu,” katanya.

Tiada ulasan: