Sabtu, 13 Jun 2015

KPDNKK nafi bersifat perkauman

 
Menurut Datuk Seri Hasan Malek, operasi yang dilakukan adalah bersifat menyeluruh dan tidak tertumpu di kawasan kaum tertentu.


hassan malek2



KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menolak dakwaan kononnya pihaknya bersifat perkauman ketika membuat serbuan.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, operasi yang dilakukan adalah bersifat menyeluruh dan tidak tertumpu di kawasan kaum tertentu.

Kenyataan itu dibuat susulan serbuan di Uptown Shah Alam, yang mana majoriti peniaga terdiri daripada orang Melayu.

“Saya diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk buat operasi tanpa mengira kaum.

“Petaling Street nampak seolah-olah perniagaan kaum Cina, kami dah pergi empat kali (serbuan),” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Pameran Francais Antarabangsa yang disempurnakan Perdana Menteri di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pada Sabtu.

Tiada ulasan: