Selasa, 23 Jun 2015

Klip video Ustaz Azhar Idrus naik paramotor jadi viral

THE RAKYAT POST

ustak
Ustaz Azhar Idrus merasai sendiri pengalaman menaiki paramotor di tepi pantai Kuala Terengganu. -Foto Youtube. 



KUALA LUMPUR- Sebuah klip video yang memaparkan aksi Ustaz Azhar Idrus menaiki paramotor secara tandem bersama pengendali paramotor, Anuar Ngah, 46, dari Kuala Terengganu menjadi viral di laman sosial.

Akui Anuar, walaupun gayat dengan ketinggian, Azhar Idrus memberanikan diri untuk merasai pengalaman terbang ke udara.

Beliau berkata, pada tahun lalu, Azhar Idrus ingin mencuba aktiviti ini tetapi beliau gayat dan tidak berani untuk mengatasi ketakutan terhadap ketinggian. Malah, dia juga dikatakan jarang menaiki kapal terbang.

“Namun setelah saya bercakap ia selamat, beliau ingin mencuba. Jadi kami terbang pada 5 Jun lalu selama 30 minit. Pada mulanya beliau nampak takut tetapi selepas itu beliau okay,” katanya sambil menambah bahawa Azhar Idrus ingin mencuba paramotor itu sekali lagi pada minggu depan.

Minat yang mendalam dalam penerbangan dan juga fotografi, menarik minat Anuar untuk menceburi aktiviti ini sebagai hobi.

Ini kerana aktiviti berkenaan membolehkan beliau terbang ke udara, sambil merakam pemandangan dari atas menggunakan GoPro.

“Kepuasannya lain dan paramotor ini membolehkan kita merakam gambar dan video dari pelbagai sudut berbanding helikopter mahupun dron.

“Malah kualiti gambar daripada dron tidak sama dan kita pun tidak boleh merasai pengalaman itu kerana ia dikawal dengan alat kawalan jauh,” katanya.

Beliau yang mempunyai pekerjaan tetap dalam industri insurans kini mempunyai perniagaan sendiri untuk membawa orang ramai menaiki paramotor.

“Pakej saya adalah RM150 untuk 20 minit. Saya juga akan hasilkan video sekali.

“Untuk orang di kampung ini, RM150 agak mahal tetapi saya terkejut mempunyai permintaan yang banyak,” katanya.

Berikut adalah antara video yang dimuat naik oleh Anuar di laman YouTube beliau.


Tiada ulasan: