JAKARTA - INDONESIA. Bagi meringankan beban pengguna lebuh raya di Indonesia sempena sambutan Aidilfitri ini, Presidennya Joko Widodo mengeluarkan arahan supaya bayaran tol lebuh raya negara itu dikurangkan.

Memetik laporan Merdeka.com, bayaran itu mungkin dikurangkan 10 hari sebelum dan lima hari selepas hari lebaran itu nanti.

"Penurunan bayaran tol sebanyak diturunkan sebanyak 25 peratus hingga 35 peratus," kata Jokowi selepas mempegerusikan mesyuarat kabinetnya di Jakarta semalam.

Jokowi  berkata, penurunan itu dibuat kerana untuk meringankan beban pengguna, membahagikan kegembiraan dan bagi membantu pengguna menyalurkan duit itu untuk kegunaan lebaran.

Dalam masa yang sama Jokowi juga mengarahkan Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Rini Soemarno dan Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) Basuki Hadimoeljono untuk menghapuskan bayaran  tol di jambatan Surabaya Madura (Suramadu).

"Hal ini akan dilaksanakan mulai 13 Jun 2015," katanya.