MALAYSIAKINI
Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta supaya tidak
campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam, kata
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.
"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.
"Raja-raja
dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak
sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu
menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh
menjawab balik.
"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri
dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik,
jangan marah," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya hari
ini.
Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.
Menurut Tunku Ismail, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.
Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senangnya
dalam isu itu, yang sekali gus dilihat tamparan hebat kepada
pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan