THE RAKYAT POST
Keadaan mendapan di Jalan
Sampadi/Lundu setelah hujan lebat malam tadi yang mengakibatkan laluan
di situ hampir terputus sepenuhnya. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Sabah
LUNDU, : Sebahagian daripada Jalan Sampadi/Lundu dekat sini mendap selepas hujan lebat malam tadi.
Setakat ini tiada kemalangan atau
kecederaan dilaporkan berlaku di lokasi kejadian itu namun jurucakap
Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan jalan berkenaan ketika ini
tidak selamat diigunakan.
Sementara menunggu kerja baik pulih
dijalankan, pengguna dinasihatkan mengelakkan laluan tersebut,
sebaliknya menggunakan Jalan Bau/Sematan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan