sakmongkol.blogspot
Najib dan geng2
nya adalah kumpulan yang segera menjelma sebagai pembawa malapetaka dan bencana ekonomi yang paling
dasyat kepada rakyat Malaysia. 1MDB adalah rencana beberapa oang mencuri duit
rakyat. JHo Low tidak akan dapat buat apa yang dia lakukan tanpa bantuan Najib
Tun Razak.
Perbuatan
mencuri itu tidak terbatal dengan pembetulan yang dilakukan kemudian nya. Dan
pembetulan iti dilakukan dengan rompakan bersiri keatas dana GLC2- tabung haji,
epf, kwap dan bank2 milik kerajaan.
Walau berbuih
mana pun Najib dan kerajaan mempertahankan dan menjustifikasi pembohongan
mereka, rakyat sudah pun menghukum- apa yang dilakukan Najib ialah pembohongan
belaka. Najib sudah sampai ketahap paling bawah dimana setiap kali dia
keluarkan kenyataan, orang akan kata sudahlah- penipu.
Mereka yang
percaya cakapan Najib ialah pasukan PR nya dan gerombolan yang dibayar oleh
Najib.
Rakyat kena
sedar bahawa kerajaan BN berada dalam fasa rompak sebelum terlambat. Jadi
sebelum kerajaan bertukar tangan, rompak sampai bersih dan selagi boleh.
Tidak ada kuasa
yang boleh sekat mereka yang berkuasa dari merompak dan melanun. Najib yang
lemah dan dirinya sendiri kelam kabut dengan isiu 1MDB dan cubaan2 gali lubang
tutup lubang mendedahkan Malaysia kepada bencana dan malapetaka ekonomi yang
dasyat.
Keadaan buruk
sudah sampai pada tahap, hendak report
SPRM pun tak berguna. Kalau kita merani-kulupkan diri kita dengan membuat
lapuran polis, kita pun jadi pandir macam pak rani yang bercermin mata hitam
dan berberet merah dan beruniform general tentera Najib.
Kita hendak
suruh SPRM SIASAT Isa Samad dan FGV pun tidak berguna. Badan tersebut ada taring
dengan orang kecil sahaja tapi tidak ada
kuasa untuk prosecute bila tiba kes besar yang libatkan kroni dan
kepentingan kerajaan Najib. Saya sebut kerajaan Najib sebab penglibatan Najib mesti
ada, sama ada secara lansung atau tidak lansung.
Saya akan tetap
sebut bahawa Najib adalah PM kita yang paling teruk. Form ada, substance tidak
ada. Rupa elok, isi teruk. Dia hanya tin kosong yang jerit sana sini mengenai
slogan dan bayar duit sana sini sebagai jalan menyelesaikan masaalah.
Negara
berkecamuk dengan isiu 1MDB, pembelian IPP oleh TNB, pembelian tanah TRX oleh
Tabung Haji, kita ada pula FGV yang membeli kepentingan dalam ladang sawit dan
gula sahabat Najib pada harga yang gila. Dua kali ganda dari harga yang
patut.
Kita sudah jemu
dengan istilah willing buyer and willing seller- kalau kedua nya berpakat untuk
gasak duit rakyat, adalah istilah willing buyer and seller itu menyelamatkan
keadaan? Mari kita lihat.
Bagimana saham
Eagle High dinilaikan pada harga premum iaitu 72% lebih dari harga terakhir ia diperdagangkan?
Dan bagaimana Felda menerima penilaian ini? Apa yang dilakukan oleh Eagle high
yang boleh menjustifikasikan premium 72% itu?
Cerita mengenai
orang2 Peter Sondakh melayani pembuat keputusan adalah legendary. Mereka akan
dijemput dengan private jet atau helicopter dan diterbangkan ke hotel 5
bintang. Kemudian segala idaman yang terfikir dan tidak pernah terfikir akan
disempurnakan. Kemudian baru buat keputusan.
Maka adakah layanan istimewa ini yang menyebabkan Felda akan membayar US$17,535 se-hektar untuk
asset ladang Eagle High? Ini jauh lebih dari range harga untuk ladang2 di
Indonesia yang biasa nya berada dalam lingkungan US$8,000 and US$13,000 se-hektar.
Ertinya, Felda Isa Samad membayar lebih pada kadar USD 4000-9000 se hektar.
Bayangkan jika
ada komsiyen yang dibayar.
FGV beli asset
ladang Felda 360,000 hektar , yakni ladang dari FElda pada harga yang cukup lumayan. Jadi mengapa
bila tba ladang Sondakh, harga dan terma yang serupa tidak boleh di perolehi?
Kenapa tidak
boleh pajak 99 tahun seperti FGV pajak tanah Felda Plantations? Kita mesti
ingat FGV hanya bayar kepada Felda RM698.24 se hektar atau RM248.5juta setahun
dan suatu peratusan dari operating profit bisnes perladangan FGV.
Felda yang
melalui usunaga seperti ini sepatutya jadi bijak. Tapi nampak nya lebih jadi bodoh
dengan Isa Samad mengemudi FGV.
Urusniaga dengan
Rajawali ini akan dibiayai oleh pinjaman dan resev tunai Felda. Berapa banyak
resev yang akan digunakan? Resev tunai sekarang sekitar RM2.87 billion.
Bayangkan jika Felda menggunakan RM2 billion, ia hanya ada RM870 juta untuk mengurus
rancangan felda. Felda dan fgv tidak ada
duit untuk menjaga kebajikan peneroka.
Tapi sebaliknya,
Rajawali Group milik Peter Sondakh mendapat deal yang sangat baik. Walaupun
membeli pada harga yang mahal, dan memiliki 37% kepentingan dalam syarikat
tersebut, Felda tidak ada saham menguasai. Kumpulan Rajawali dengan kepentingan
31.6% dalam syarikat, akan terus mengurus syarikat tersebut. Jadi beli apa pada
harga RM1 billion lebih ini? FGV menjadi syarikat pelaburan?
Seperti
urusniaga ala Tabung Haji dan TRX, syarikat Sondakh akan diberi bayaran deposit
sebanyak US$174juta atau sekitar 23% dari harga belian tanpa Felda melakukan due
diligence keatas assets Rajawali Group atau mendapatkan kebenaran dari pihak2
berkuasa kedua negara.
Apa jadi jika
assets yang digembar gemburkan itu jadi macam assets petrosaudi dalam kes 1MDB?
Telaga minyak tidak ada, kepentingan keatas syarikat carigali tidak ada? Yang ada
hanya omongan kosong tapi duit sudah dihantar.
Saya berharap,
felda tidak hantar ke akaun individu seperti yang dilakukan oleh 1MDB kepada
Good Star Limited.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan