Ahad, 7 Jun 2015

Darah Bugis Najib makan diri

 
Orang Bugis juga bukanlah selalu menjerit sahaja, tetapi dalam masa sama kerap memberi helah untuk melindungi sesuatu.


darah bugis



PETALING JAYA: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak menghadirkan diri di dalam forum ‘Nothing2Hide’ itu tidak menggambarkan sikap sebenar orang Bugis.

Mereka dikatakan mempunyai keberanian dan jati diri yang kuat, walaupun kerap diam.

Bahkan, orang Bugis juga bukanlah selalu menjerit sahaja, tetapi dalam masa sama kerap memberi helah untuk melindungi sesuatu.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin menyatakan tindakan Najib yang berbangga dengan darah Bugis yang mengalir dalam tubuhnya semakin hari semakin tidak membawa kelebihan untuknya mempertahankan kedudukannya.

“Dalam forum ‘Nothing To Hide’ yang turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bagaikan suatu pengesahan mutlak seolah-olah tiada setitik pun darah Bugis mengalir dalam pembuluh darahnya,” katanya.

Menulis di blog www.shahbudindotcom.blogspot.com, Shahbudin menjelaskan sikap sebenar orang
Bugis adalah jika bertempik hendak berlawan, maka orang Bugis akan tetap melawan walau terasak ke dinding sekalipun.

Jelas beliau lagi, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merupakan contoh terbaik untuk memperlihatkan keperibadian dan keberanian orang Bugis.

“Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah yang paling awal menyatakan pendiriannya berhubung tindakan mengecewakan Najib itu,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, TMJ juga terkenal dengan sikap dan kelantangannya bercakap dalam pelbagai isu serta keberaniannya membangunkan bolasepak negeri Johor.

“Tidak disangkal lagi, darah Bugis sedang mengalir dengan lancar dalam seluruh tubuh baginda.
Keberanian dan jujur meluahkan pendirian ini tentunya akan menjadikan baginda lebih disayangi sebagai bakal raja kerana tidak takut menegur pemimpin serta memahami perasaan rakyat jelata.

“Apalagi mahu dikatakan selain “Ini baru darah Bugis” atas sikap berani, jujur dan bersama-sama rakyat yang ditunjukkan oleh Tuanku Mahkota Johor ini,” jelasnya lagi.

Tiada ulasan: