MALAYSIAKINI
Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata Sultan Selangor mahu kerajaan
negeri terus stabil untuk membangunkan negeri dan melaksanakan
tanggungjawab kepada rakyat susulan masalah dalaman Pakatan Rakyat.
Azmin berkata baginda mengambil maklum mengenai penjelasan beliau berhubung perkara itu dalam pertemuan mereka semalam.
"Pada
kesempatan ini, saya juga telah memaklumkan kepada DYMM Tuanku Sultan
tentang masalah dalaman Pakatan Rakyat di peringkat nasional.
"Saya memberi jaminan kestabilan dan keutuhan Kerajaan Negeri Selangor
untuk terus fokus kepada usaha memenuhi aspirasi rakyat melalui
penjanaan pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial.
"DYMM Tuanku Sultan mengambil maklum tentang penjelasan yang saya
berikan dan Baginda mahu Kerajaan Negeri Selangor terus stabil untuk
membangunkan Selangor dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat,"
katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada
parti itu, PKR dan PAS tidak lagi wujud susulan keputusan Muktamar PAS
baru-baru ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh'
gabungan itu.
Akur dengan keputusan tersebut, Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan semalam
seolah-olah menyalahkan PAS sebagai punca pakatan pembangkang berpecah
namun ingin teruskan kerjasama dengan kedua-dua parti.
Bagaimanapun Azmin yang juga timbalan presiden PKR mengambil pendirian
bahawa Pakatan masih wujud walaupun DAP berpendapat sebaliknya.
Sementara itu, dalam kenyataan itu, Azmin berkata pertemuan dengan
baginda semalam antara lain mengenai kemajuan usaha memuktamadkan
Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di
negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan