MALAYSIAKINI
Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilihat mengelak sama ada beliau
bersetuju dengan keputusan muktamar PAS yang memutuskan hubungan parti
itu dengan DAP.
Bagaimanapun, timbalan presiden PKR itu berkata keputusan yang dibuat
dalam persidangan tahun terikat dan muktamad bagi semua parti politik,
termasuk muktamar untuk PAS.
"Tetapi keputusan muktamar itu perlu dilaksanakan dalam konteks Pakatan Rakyat.
"Dan ia disebut dalam ucapan dasar Presiden dan diputuskan dalam
muktamar," katanya kepada media selepas merasmikan majlis "Hijrah
Selangor" di Bestari Jaya tengah hari ini.
MP Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa itu tidak menyatakan pendiriannya berhubung keputusan muktamar PAS walaupun diasak media.
Namun, Azmin membayangkan bahawa keputusan akhir PAS untuk memutuskan
DAP, tidak terletak pada Majlis Syura Ulama tetapi muktamar.
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mengetuai badan tertinggi dalam
PAS itu berkata, tiada mesyuarat yang diadakan sejak kepimpinan baru
Majlis Syura dinamakan selepas mesyuarat jawatankuasa PAS diadakan
minggu lalu.
Sehubungan itu, tiada keputusan rasmi dibuat oleh kepimpinan tertinggi
PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan DAP yang terjalin sejak
tujuh tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan