Khamis, 11 Jun 2015

'Apa masalah DAP bantu mangsa banjir Kelantan'

MALAYSIAKINI


 


Anggota parlimen PAS di Kelantan melihat tindakan DAP membantu mangsa banjir besar di negeri itu tidak akan terjejas selepas kemelut hubungan mereka pascamuktamar.

Wakil rakyat Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata beliau yakin PAS Kelantan boleh menerima sumbangan itu ketika berlaku “sedikit konflik”.

“Saya rasa, patut tiada masalah. Sekiranya Australia nak buat rumah dan Britain nak datang bantu juga apa salahnya.

“DAP adalah parti yang sah kerana dia datang atas gabungan Impian Kelantan,” katanya selepas sidang media Impian Kelantan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Impian Kelantan sebuah projek membantu membina kembali kehidupan penduduk yang terjejas banjir di negeri pantai timur itu.

DAP melalui projek itu, kata Hatta, telah membantu menyalurkan wang tunai kepada mangsa banjir dan membaiki kemudahan asas seperti pasar.

Dalam perancangan Impian Kelantan, sebanyak 40 buah rumah kepada mangsa banjir akan dibina di Kuala Krai dengan kos melibatkan RM 3.2 juta.

Satu majlis makan malam akan diadakan pada 11 Julai di SJKC Chung Kwo, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur bagi mengumpul dana pembinaan rumah mangsa banjir itu.

Harga bagi setiap meja dalam majlis makan malam akan dijual dengan harga RM2,000. 


Tiada ulasan: