KUALA LUMPUR: Seorang rakyat asing yang disyaki menganggotai kumpulan
militan Negara Islam (IS) dan tersenarai sebagai antara individu paling
dikehendaki pihak berkuasa di sebuah negara Afrika Utara ditahan awal
bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata suspek berusia 31
tahun itu ditahan menerusi operasi khas di sekitar Lembah Klang
dijalankan Bahagian Counter Terrorisme Cawangan Khas Bukit Aman.
Beliau berkata, suspek kemudian telah diusir ke negara asal pada 17 Jun
lalu, jam 8 malam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), Sepang.
"Suspek memasuki Malaysia pada Mac tahun lalu menggunakan visa pelajar
yang disyaki palsu, atas nama sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) di Lembah Klang.
"Visa terbabit diperoleh secara salah dari sebuah sindiket yang
beroperasi di Lembah Klang untuk membolehkan suspek menetap dan
menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya
dalam kenyataan, hari ini.
Suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen kerana disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Mengikut rekod, Khalid berkata, suspek sama juga sebelum ini pernah
ditahan pada 2007 dan dipenjara selama dua tahun di negara asalnya
kerana terbabit dalam aktiviti keganasan.
"Dia berlepas ke Syria pada 2013 untuk menyertai kumpulan militan IS
dan ditangkap pada awal 2014 ketika cuba menyusup masuk ke Turki,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan