MMALAYSIAKINI
Timbalan Pengerusi Eksekutif LionGold Corp, salah satu daripada tiga
syarikat yang disiasat di Singapura selepas sahamnya jatuh pada Oktober
2013, disaman untuk membayar balik wang yang dipinjam untuk membeli
saham.
MD Wira Dani Abdul Daim berhutang S$2.6 juta dengan Maybank Kim Eng
Securities Pte supaya saham LionGold dibeli dengan akaun leveraj,
menurut saman difailkan di Mahkamah Tinggi Singapura pada April.
Mahkamah memberikan keizinan bulan lepas untuk menyampaikan saman itu
kepada anak bekas menteri kewangan Malaysia itu Tun Daim Zainuddin,
lapor Bloomberg.
Saham LionGold, Blumont Group Ltd dan Asiasons Capital Ltd jatuh pada
2013, hilang AS$6.9 bilion nilai pasaran dalam tempoh tiga hari.
Perkara itu menyebabkan pihak berkuasa Singapura menyiasat ketidakaturan
yang disyaki dalam urus niaga saham oleh pihak bank dan broker untuk
mendapatkan semula sekurang-kurangnya AS$230 juta.
Ketiga-tiga syarikat berkata tidak tahu menahu kenapa perkara itu berlaku.
Maybank Kim Eng enggan mengulas dalam kenyataan melalui e-mel, dengan membangkitkan soal kerahsiaan pelanggan.
MD Wira tidak menjawab tiga e-mel dikirim atau membalas tujuh panggilan telefon yang mahukan ulasannya.
MD Wira dalam e-melnya pada Januari kepada unit pembrokeran Malayan
Banking Bhd, pemuitung terbesar Malaysia berkata beliau akan
menyelesaikan keadaan itu dengan baik,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan