Khamis, 11 Jun 2015

Ahli Parlimen kecewa usul bincang rasuah di sempadan ditolak

 
Alasan yang diberikan Speaker Dewan Rakyat tidak konsisten dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri.


Gooi-Hsiao-Leung



KUALA LUMPUR: Usul bagi membincangkan rasuah anggota keselamatan yang bertugas di kawasan sempadan ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Usul oleh Ahli Parlimen Gooi Hsiao Leung (Alor Setar-PKR) ditolak kerana menggunakan laporan akhbar yang kesahihannya diragui dan bukan kenyataan rasmi Menteri Dalam Negeri.

Laporan New Straits Times (NST) baru-baru memetik sumber yang mendakwa 80 peratus anggota keselamatan yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand terlibat gejala rasuah.

Hsiao Leung bagaimanapun berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan laporan NST itu.

Katanya, Zahid mengaku terdapat rasuah di sempadan dan telah mengarahkan pihak tentera untuk mengambil alih daripada polis untuk menjaga kawasan sempadan.

“Saya amat kecewa dengan penjelasan Speaker kerana alasan diberikan langsung tak konsisten dengan reaksi oleh zahid selepas berita NST itu dikeluarkan,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Khamis.

Sehubungan itu, dia meminta Zahid mengusulkan semula isu itu untuk dibincangkan kerana melibatkan keselamatan negara.

Tiada ulasan: