Isnin, 22 Jun 2015

Agensi Keselamatan Sempadan ganti UPP

Kertas cadangan sedang disediakan oleh KDN dan akan dikemukakan kepada Kabinet dalam waktu terdekat.


Ahmad-Zahid_upp_600



KUALA LUMPUR : Kerajaan bercadang untuk menukarkan Unit Pecegahan Penyeludupan (UPP) yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam kepada Agensi Keselamatan Sempadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kertas cadangan sedang disediakan oleh kementeriannya dan akan dikemukakan kepada Kabinet dalam masa terdekat.

“Kita akan lihat semula peranan yang dimainkan oleh UPP dan mungkin kita tukar peranan mereka kepada Border Security Agency (Agensi Keselamatan Sempadan),” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahid berkata, Malaysia akan mengkaji semula perjanjian keselamatan sempadan dengan negara jiran khususnya Thailand.

Tiada ulasan: