Selasa, 9 Jun 2015

1MDB bayar penuh hutang RM3.6 bilion

 
Bayaran itu membuktikan komitmen 1MDB mengurangkan kadar hutang dan selari dengan pelan pemulihan.


arul kanda



PETALING JAYA : Syarikat pelaburan milik penuh negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membayar hutang kepada konsortium bank berjumlah RM3.6 bilion atau USD975 juta.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kandasamy berkata, bayaran penuh itu telah dibuat pada Isnin.

Katanya, bayaran hutang itu mencerminkan komitment 1MDB untuk mengurangkan hutang dan selari dengan pelan pemulihan.

“Pembayaran penuh hutang RM3.6 bilion mencerminkan komitmen 1MDB mengurangkan kadat hutang dan selari dengan pelan rationalisasi yang telah diluluskan oleh Kabinet,” katanya dalam kenyataan media.

Baru-baru ini, syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Industry Company (IPIC) telah mengadakan perjanjian dengan 1MDB yang melibatkan pembayaran pendahuluan berjumlah USD1 bilion atau RM3.6 bilion.

Ramai yang percaya bayaran pendahuluan itu untuk 1MDB membayar hutang kepada korsortium enam bank antara bangsa.

Tiada ulasan: