Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menganggap Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) bersikap “angkuh” kerana tetap enggan bertemu
gabungan NGO itu berhubung isu persempadanan semula pilihan raya.
BERSIH merujuk kepada kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam yang menegaskan bahawa suruhanjaya itu akan meneruskan proses persempadanan semula tanpa berunding dengan mana-mana NGO.
Abdul Aziz juga berkata, SPR hanya akan bertemu dengan wakil yang dilantik oleh kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan.
Mengulas kenyataan itu, BERSIH berkata SPR tidak akan berjaya meraih keyakinan dari masyarakat awam dalam menjalankan tugas mereka, sekiranya tetap berkeras untuk tidak menemui mereka.
"Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan pentingnya 'keyakinan awam' dalam tugas SPR, malah ia menjadi satu-satunya kriteria yang jelas dalam pelantikan mereka oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Keyakinan ini hanya boleh diperolehi melalui penglibatan berterusan dengan masyarakat sivil," kenyataan oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH itu dipetik.
Gabungan menuntut reformasi pilihan raya itu juga menyelar sikap SPR yang hanya melibatkan parti politik tertentu secara terpilih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan