Sekumpulan aktivis anti nuklear hari ini mengedarkan kira-kira 1,000 sebaran yang mengajak orang ramai menghadiri forum membantah cadangan kerajaan untuk membina loji nuklear pada 2015.
Sebagai membukti kesungguhan bantahan mereka, kumpulan itu turut membawa "Jejaka Atom" - lelaki yang berpakaian sut lengkap untuk mengendali bahan itu - bersama-sama 10 aktitivis lain mengedarkan sebaran itu.
"Perbincangan mengenai perkara ini bermula tahun 2009, apabila PM umum cadang membina loji nuklear yang termaktub dalam Program Tranformasi Ekonomi (ETP) kerajaan.
Forum tersebut akan membarisi tiga panelis iaitu mantan presiden International Physician for The Prevention of The Nuclear (IPPNC) Datuk Dr Ronald McCoy; Profesor dan aktivis Bukit Merah dan anti-Lynas Dr Tan Ka Kheng dan Felo Akademi sains Malaysia Prof G Latchand.
Forum bertajuk "Loji Nuklear 2015 Mudarat Kekal" akan berlangsung pada 23 Disember ini di Pusat Kebudayaan LLG di Jalan Maharajalela pada jam 8 malam. Forum itu dipengerusikan oleh Pengasas Bantah TPPA Anas Alam Faizli.
"Kami mahu memberi peluang kepada pihak YB yang diundi dalam piliha raya untuk menyatakan pendirian jika pembinaan loji itu di kawasan mereka. Kami mahu mendapat sokongan daripada mereka," katanya.
Sebelum ini diplomat Amerika Syarikat, Duta Besar Laura E Kennedy dilapor berkata negara itu sedia memberi bantuan sekiranya Malaysia ingin meneruskan rancangannya membina loji tenaga nuklear.
Malah negara kuasa besar dunia itu sudah lama mempunyai industri tenaga nuklear dan kepakaran dalam bidang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan