Sabtu, 26 Julai 2014

Trafik perlahan di kebanyakan lebuh raya utama

MALAYSIAKINI



 


Keadaan trafik di semua lebuh raya menghala utara, selatan dan pantai timur dilapor perlahan setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata bagi aliran ke selatan, trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi sehingga Seremban akibat kemalangan di Km 309.

Trafik juga perlahan dari Senawang ke Pagoh, katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut jurucakap itu trafik ke utara pula mula sesak dari Kota Damansara ke Jalan Duta sehingga Bukit Beruntung.

"Trafik juga sesak dari Lembah Beringin hingga ke Gopeng dan dari Ipoh Utara ke Taiping," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata trafik ke pantai timur sesak dari Plaza Tol Gombak ke terowong Genting Sempah dan dari persimpangan Genting Highlands ke Bukit Tinggi.

"Trafik juga perlahan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari Plaza Tol Batu menuju Karak," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- Bernama

Tiada ulasan: