KL TODAY
KOTA KINABALU:
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Prosedur
Operasi Standard (SOP) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
(ESSCom) akan dinilai semula bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang
ada.
Ahmad
Zahid berkata penilaian semula SOP ESSCom perlu dilakukan kerana
percaya tidak ada SOP yang sempurna dan masih ada ruang untuk
memperbaiki SOP berkenaan atas faktor perubahan keadaan semasa serta
atas permintaan masyarakat.
“Kami ingin melihat semula tentang SOP dan juga sebarang tugas yang selama ini telah berjalan. Tentu masyarakat mempertikaikan mengapa masih berlaku pencerobohan, kenapa masih berlaku penculikan?,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dengan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, Khamis.
“Kami ingin melihat semula tentang SOP dan juga sebarang tugas yang selama ini telah berjalan. Tentu masyarakat mempertikaikan mengapa masih berlaku pencerobohan, kenapa masih berlaku penculikan?,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dengan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, Khamis.
Hadir sama
Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan,
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan bekas Pesuruhjaya Polis
Sabah Datuk Hamza Taib.
Beliau
berkata selain kelengkapan aset dan tenaga manusia, ESSCom juga akan
memberi perhatian serius kepada aspek risikan atau pengumpulan maklumat
dan ia akan dilakukan melalui kerjasama antara bahagian risikan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia
(PDRM).
Ahmad
Zahid berkata bahagian risikan pasukan keselamatan Malaysia juga akan
bekerjasama dengan bahagian risikan tentera Filipina dan unit
pengumpulan maklumat polis negara berkenaan.
“Ia untuk
menjaga kepentingan negara ini dan pada masa sama menjaga kepentingan
rakyat dan kerajaan Filipina sendiri kerana masalah yang dihadapi kini
datang dari Wilayah Selatan negara itu.
“Jadi
mudah-mudahan dengan jalinan ini akan merupakan sebagai era baharu
kepada kepimpinan pengoperasian ESSCom yang akan diambil alih secara
rasmi oleh PDRM pada 15 Julai ini,” katanya.
Mengenai
pengambilalihan sepenuhnya pengoperasian ESSCom oleh PDRM, Ahmad Zahid
berkata pihak KDN dan PDRM mengucapkan penghargaan kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan kepada
agensi kementeriannya mengendalikan sepenuhnya pengoperasian ESSCom.
Katanya
meskipun tanggungjawab yang bakal dipikul PDRM adalah berat namun yakin
dengan kerjasama yang diberikan oleh ATM serta Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
akan merealisasikan operasi yang cukup terkini.
Mengenai
kedudukan Ketua Pengarah ESSCom Datuk Mohammad Mentek, Ahmad Zahid
berkata ia akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Perdana
Menteri.
Mengulas
pembebasan pengurus pusat ternakan ikan warga China, Yang Zai Lin, 34,
yang culik dari Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas dan
diselamatkan awal pagi ini, Ahmad Zahid berkata kejayaan menyelamatkan
mangsa adalah berdasarkan hasil maklumat yang diterima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan