Sabtu, 26 Julai 2014

Kes poster Dyana: Guru diarah bertukar

MALAYSIAKINI


 


Seorang guru wanita yang disiasat kerana menyiarkan poster calon DAP untuk pilihan raya kecil Teluk Intan, Mei lalu, kali ini menerima arahan bertukar ke sekolah lain yang lebih jauh.

Guru wanita itu, yang enggan mendedahkan identitinya berkata, surat pemberitahuan pertukaran sekolah itu dihantar dengan tangan kepada beliau di sekolahnya di Melaka hari ini.

"Ia pertukaran mandatori. Saya tak.boleh merayu keputusan itu," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini.

Guru berkenaan yang telah bertugas selama 16 tahun berkata sekolah baru itu terletak 27 kilometer dari kediamannya sementara sekolahnya sekarang hanya dua kilometer.

“Saya ditukarkan dari sekolah yang berdekatan kepada sekolah yang jauh. Tidakkah JPN kasihan pada saya yang berstatus balu. Ini betul-betul sangat bodoh,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan Melaka mengeluarkan surat itu selepas beliau dipanggil ke Kementerian Pendidikan di Putrajaya, awal bulan ini, berhubung kes sama.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan seorang pegawaj khas kepada Ketua Pengarah Pendidikan memberitahu guru terbabit bahawa laman Facebooknya akan dipantau dari semasa ke semasa.

Pegawai terbabit mengesahkan beliau berbuat demikian di bawah adahan ketua pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

Tiada ulasan: