Isnin, 3 Februari 2014

UIA didakwa batal forum kebebasan bersuara

MALAYSIAKINI


 
 
 
Sebuah NGO menyatakan kekesalannya terhadap langkah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang didakwa membatalkan sebuah forum membincangkan kebebasan bersuara dari sudut pandang agama.

Setiausaha Islamic Renaissance Front (IRF) Rizqi Mukhriz berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa pembatalan terhadap forum di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) di Kuala Lumpur diarahkan UIA selaku pentadbir induk.

“Tiada alasan yang kukuh diberikan terhadap pembatalan tersebut sedang persiapan rapi telah dilaksanakan,” kata Rizqi.

Dalam kenyataanny, IRF melihat tindakan itu umpama memandang re
ndah keupayaan masyarakat terutama ahli akademik dan warga UIA untuk menilai ilmu serta kesediaan terlibat dalam proses percambahan idea.

Forum berjudul “Is Islam A Threat to Freedom of Expression?” (Adakah Islam ancaman pada kebebasan bersuara?) anjuran bersama IRF, ISTAC dan Penang Institute.

Ia dijadualkan berlangsung pada 16 Februari 2014 di Istac dan menampilkan Mustafa Akyol, tokoh penulis antarabangsa dari Turki dan ahli akademik Universiti Malaya (UM), Dr Azmi Sharom.

Menurut IRF, ia telah lama dipromosikan kepada umum dan mendapat sambutan memberangsangkan.

NGO itu juga berkata, UIA sebelum ini pernah mengambil sikap sama dengan membatalkan di saat akhir program ilmiah anjurannya yang menampilkan ahli akademik dari Duke University, Amerika Syarikat, Prof Mohsen Kadivar tahun lalu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi UIA berhubung dakwaan itu.

Tiada ulasan: