Ahad, 9 Februari 2014

SPRM bacul, tak berani siasat Taib Mahmud

KEADILAN DAILY


zulhaidah_subohKUCHING : Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, Zulhaidah Suboh berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seolah-olah bacul dan tidak bermaruah apabila tidak berani menyiasat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud

“SPRM bertindak bacul dan dipandang tidak bermaruah oleh umum khususnya rakyat Malaysia kerana langsung tiada kertas siasatan dibuka berkenaan laporan yang telah dibuat oleh rakyat Sarawak melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.

“Sewajarnya SPRM tidak perlu memandang kepada latar belakang dan pangkat individu yang disiasat,” katanya, seperti dilapor Free Malaysia Today.

Kata Zulhaidah, pembongkaran termasuk oleh Bruno Maser Fund dan 16 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom berkaitan kepentingan keluarga Taib dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing di 25 negara dianggar bernilai berbillion ringgit.

Kata Zulhaidah, kenyataan demi kenyataan dibuat oleh SPRM kononnya pihak mereka tidak pernah berhenti menjalankan siasatan berkenaan kes Ketua Menteri Sarawak itu.

“Pendedahan begini pasti ini tidak tercapai akal untuk rakyat di Sarawak bagaimana Bekir memperolehi kekayaan yang berada di luar jangkaan,” katanya.

Terkini pendedahan harta milik anak Taib, Datuk Seri Bekir Mahmud oleh akauntan Andrew Heng berkenaan nilai aset milik beliau yang dikemukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur daripada RM1.334 bilion meningkat kepda RM1.395 bilion semasa perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian bekas isteri, Shahnaz Majid.

Tiada ulasan: