Isnin, 17 Februari 2014

Seseorang tak boleh didakwa kerana dedah penyelewengan sistem undi – Bersih

MejarZaidiKEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, seseorang itu tidak boleh didakwa hanya kerana mendedahkan penyelewengan sistem pilihan raya di negara ini.

“Tentera atau pun apa sahaja pangkat, dia ialah seorang pengundi dan berhak bersuara bagi haknya sebagai rakyat Malaysia.

“Kerajaan tidak boleh mendakwa atas sebab dia seorang tentera.

“Dia berbuat begitu kerana sistem dakwat kekal ini tidak seperti yang dinyatakan oleh kerajaan,” kata Maria Chin kepada Keadilandaily.

Katanya , tindakan yang dilakukan Mejar Zaidi adalah tepat untuk mendedahkan kebenaran tentang isu dakwat kekal yang gagal berfungsi dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

7 Febrruari lali Mejar Zaidi didakwa di Mahkamah Tentera Diraja Malaysia (TUDM) atas tujuh tuduhan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur politik dan hasutan.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972, sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Tiada ulasan: