Azuan Ab Rahman
KUALA
LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Aeri Anwar Ibrahim kesal
terhadap nasib pesara tentera yang tidak terbela dibawah pentadbiran
kerajaan Barisan Nasional.
Kata Anwar, salah satu usaha yang dilakukannya bagi membantu anggota
tentera semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dengan meluluskan
beberapa projek dan penyenaraiaan saham di dalam Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT) selain Koperasi Tentera dan Polis.
“Saya selaku Menteri Kewangan ketika itu memberikan kelulusan.
“Sebabnya kita mahu sebahagian penyenaraian saham LTAT, Koperasi
Tentera dan Polis digunakan untuk pelaburan dan sebahagian hasilnya
dipulangkan kepada yang dibawah,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat
Agung Tahunan ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan
(Pahlawan) di Kelab Darul Ehsan di Selangor semalam.
“Rasionalnya saya menganugerahkan saham penyenaraian yang mencecah
ratusan juta ringgit agar pulangan dan hasil itu dapat memanfaatkan
pesara tentera yang memerlukan,” katanya,.
Namun menurut Ketua umum KEADILAN itu, usahanya akhirnya menemui
kegagalan setelah kerajaan minoriti BN gagal memahami matlamat usaha
tersebut yang pada awalnya bertujuan membantu golongan pesara tentera.
“Beri ratus juta ringgit itu bukan untuk catat untung besar, tetapi
untuk diberikan kepada golongan di bawah,” tegas Anwar sambil menambah
perkara tersebut hanya dapat diperbetulkan dengan menukar kerajaan.
“Seandainya kita bentuk kerajaan, hari ini kita akan betulkan,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan